Selamat Menyambut Ramadhan


Perlindungan menyeluruh untuk wanita

SEMUA orang tidak boleh menduga bila dan di mana kemalangan akan terjadi pada diri kita. Sehubungan itu, skim perlindungan insurans diperlukan untuk melindungi kita ketika menghadapi detik tidak terduga.

Untuk membeli perlindungan insurans, sudah tentu kita perlu membayar sejumlah wang tetapi ada juga skim perlindungan insurans ditawarkan kepada sesiapa yang membeli sesuatu barangan.

Syarikat pengeluar minyak aroma terapi terkenal, Aura Seri misalnya telah memperkenalkan skim seumpamanya dengan jimlah perlindungan insurans RM10,000.

Pengasasnya, Datin Nor Zaina Abdul Ghani berkata, bagi setiap pembelian produk Aura Seri Nur, pengguna akan ditawarkan insurans perlindungan percuma sehingga RM10,000 untuk tempoh setahun.

"Ini adalah satu-satunya produk kosmetik yang menawarkan insurans kepada wanita dalam jumlah yang amat memadai," katanya ketika ditemui di Aura Seri Spa & Beauty, Medan Idaman, Gombak, Selangor, baru-baru ini.

Nor Zaina berkata, insurans percuma yang ditawarkan ini adalah hasil kerjasama dengan Sime Darby Lockton Insurance Brokers Sdn. Bhd. dan Kurnia Insurans.

"Ilham untuk menawarkan produk seperti ini dicetuskan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mahukan satu skim perlindungan menyeluruh untuk wanita berusia dari 18 hingga 65 tahun," tambah beliau.

Menariknya tentang insurans ini ialah ia bukan saja melindungi kemalangan, tetapi juga meliputi kes-kes ragut, isteri menjadi mangsa penindasan, penceraian serta penganiayaan.

Khasiat bunga-bungaan dalam minyak

Menyentuh mengenai produk Aura Seri Nur, Nor Zaina berkata, perubatan menggunakan aroma terapi ini sudah diamalkan sejak dari zaman tokoh perubatan Islam, Ibnu Sina lagi.

"Proses penyelidikan untuk menghasilkan minyak Aura Seri Nur ini mengambil masa selama dua tahun. Ia dirumus oleh Profesor Datuk Dr. Ibrahim Ahmad.

"Aura Seri Nur mengandungi Ylang-Ylang atau kenanga yang mempunyai agen antiseptik serta berfungsi untuk mengatasi perasaan panik atau gemuruh," katanya.

"Selain itu, ia juga berfungsi menyeimbangkan hormon pada sistem tubuh, otak serta memberi refleksi pada otot-otot wajah.

"Kandungan ekstrak Jasmine pula bagus untuk memberi wanita lebih keyakinan, melancarkan sistem pernafasan serta menghalang pertumbuhan bakteria buruk," katanya lagi sambil menunjukkan cara penggunaan mudah.

Caranya ialah dengan titiskan di atas tapak tangan yang bersih, berniat di dalam hati dan guna sama ada terus pada wajah atau titiskan di dalam air mandi.

"Saya menyasarkan seramai sejuta wanita menggunakan produk ini. Selain Aura Seri Nur, kami juga akan melancarkan produk penjagaan kulit Aura Seri Nur yang juga menawarkan perlindungan insurans yang sama secara percuma," ujar beliau lagi.

Aura Seri Nur



Datin Ira bersama produk terbaru AURA SERI NUR




Dapatkan Aura Seri Nur sekarang. Cuma RM78.00 sahaja





Keratan majalah Mingguan Wanita




Borang Insuran yang perlu diisi oleh setiap pembeli

Apa itu Aromaterapi

Istilah 'Aromaterapi' sebenarnya terdiri dari dua patah perkataan: "Aroma", yang bermakna bau, atau haruman, dan "Therapy",
yang bermakna rawatan. Inti bunga-bungaan dan tumbuhan telah pun digunakan oleh tamadun-tamadun purba Cina, Mesir dan India semenjak sekurang-kurangnya 6000 tahun dahulu.

Aromatherapi adalah cara rawatan yang berasaskan alam semulajadi. Satu daripada prinsip asasnya adalah dengan menguatkan proses rawatan diri dengan cara merangsangkan sistem immunisasi secara tidak langsung.

Kegunaan minyak essensial secara intensif amatlah meluas, daripada rawatan haruman lembut yang unik dan halus sehinggalah rawatan terapi tembusan yang mendalam.

Aromaterapi adalah kaedah rawatan yang holistik, bermakna ianya mengambil kira kesan positif yang akan terhasil dari segi jasmani,minda dan kerohanian.

Kenapa Aromaterapi

Aromaterapi adalah cara untuk meningkatkan kualiti kehidupan
dari segi fizikal, perasaan dan semangat. Minyak essensial adalah inti yang tak berminyak,pekat dan harum daripada tumbuhan liar dan tumbuhan yang ditanam. Tujuannya termasuklah dari segi fizikal seperti melegakan otot-otot melalui urutan dan emosi; dengan menyenangkan hati dan perasaan.

Dari segi semangat pula minyak essensial bermanfaat untuk mempromosi perasaan keriangan dan memudahkan meditasi.

Idea di sebalik aromaterapi adalah, pertama, untuk mengenalpasti
haruman yang unik untuk setiap individu, yang berkeupayaan menjalin perasaan deriaan dan emosi yang positif, seterusnya haruman ini patutlah diintegrasi ke dalam hidupan harian
individu tersebut untuk memupuk kesihatan holistik.

Haruman semulajadi ini dapat menguatkan hubungan kita kepada bumi kita dan mengamit emosi dan memori yang baik.

Kebaikan Aromaterapi

Asal–usul Aromaterapi wujud sejak 5000 tahun yang lampau. Orang Mesir purbakala adalah yang pertama mengamalkan aromaterapi dengan menguna kaedah merendam tumbuhan yang wangi ke dalam campuran yang mendidih untuk mengeluarkan minyaknya.

Berabad sebelum ini aromaterapi telah digunakan oleh tamadun Cina,India dan Roman yang mengikut cara pengunaannya dari tamadun Yunani purba.

Hari ini, aromaterapi telah menampakkan pemulihan kegunaanya
sebagai sejenis cara perubatan alternatif. Walupun ianya tidak
berupaya menggantikan perubatan tradisional, tetapi ciri–ciri
holistiknya boleh menyembuh dari segi minda, jasmani dan semangat.

Aromaterapi berkeupayaan meningkatkan semangat.

Ianya mampu melegakan perasaan rendah diri, putus asa, kesedihan, histeria,kebimbangan, masalah tidur dan juga masalah memori.

Kebaikan dari segi perubatan termasuk mengurangkan keletihan,
masalah pernafasan, termasuk selsema, sakit kerongkong, lelah dan bronkitis.

Lebih penting adalah aromaterapi boleh membersihkan dan
memperbaiki kualiti udara. pernafasan, termasuk selsema, sakit
kerongkong, lelah dan bronkitis. Lebih penting adalah aromaterapi
boleh membersihkan dan memperbaiki kualiti udara.

Aura Genius

Aura Genius adalah satu-satunya formula istimewa yang mampu membangunkan SQ (Spiritual Intelligence) iaitu kecerdasan kerohanian anak anda yang tinggi disamping membina personaliti unggul.

Adunan minyak pati bunga-bungaan terpilih yang dipertenagakan dengan 'Lotus Energy' ini khusus bagi merangsang 'Crown Chakra' dibahagian otak mampu membuka minda anak anda semekar teratai lagi harum, memperbaiki daya ingatan, menajamkan daya tumpuan, meningkatkan tahap keyakinan diri dan membina jati diri. AuraGenius yang dipertenagakan lagi dengan butiran tenaga kristal di dalam setiap botol mampu mengerakkan atom di bahagian otak supaya daya kuasa minda anak anda terangsang lalu mencetuskan ilham. Menggunakan otak kiri dan kanan, pengaliran tenaga minda yang lancar serta membuka aliran tenaga cakera yang tersumbat di bahagian crown chakra (kepala) yang menyebabkan anak-anak lemah, tidak bersemangat, lembab, malas berfikir, negatif, degil, tidak berdaya saing serta tidak berkeyakinan.

Kebaikan Aura Genius


Mengembalikan semangat ingin belajar
Membuka minda dan menjernihkan fikiran
Membuka ilham dan kreativiti
Menguatkan daya ingatan
Mencerdaskan daya pemikiran sihat
Keupayaan berfikir yang tinggi
Menguatkan daya tumpuan
Mempunyai minda yang positif yang cemerlang
Meningkatkan kuasa imaginasi dan visualisasi
Mempunyai daya saing dan jati diri yang tinggi
Mempunyai tahap keyakinan dan kepercayaan yang tinggi
Meningkatkan kecerdasan kerohanian
Membina personaliti cemerlang dan unggul

Aura Seri

Keajaiban aura seri bertindak merangsang, membersih serta menjernihkan aura yang bermasalah lalu menaikkan seri di wajah anda. Selain itu ia juga meningkatkan proses awet muda, membangkitkan karisma, tampil lebih berkeyakinan, bertuah diri, mudah didampingi, lebih disayangi, penampilan lebih positif, tenang, sabar dan ceria sepanjang hari.

Titikkan 3-7 titis untuk alami mandian kerohanian yang menakjubkan adalah menyamai kekuatan mandi bunga yang mampu membersihkan aura anda yang kotor, busuk, bocor, panas, kusam serta tidak bermaya yang menyebabkan wajah anda suram, pucat, tiada seri, kurang keyakinan diri, malang asyik menimpa diri, murung, stress, serta kurang diminati.

Kebaikan Aura Seri

Menaikkan seri wajah
Meningkatkan proses awet muda
Memberikan ketenangan ke tahap alpha
Memelihara kesabaran dan kerohanian diri dalaman
Tampil lebih berkeyakinan dan berkarisma tinggi
Menguatkan daya penarik anda
Menstabilkan emosi, spiritual, mental dan fizikal
Mengubah personaliti dan pemikiran ke arah yang lebih positif
Meredakan stress dan kemurungan
Membantu tidur nyenyak ke tahap Delta
Mengharumkan aura tubuh anda
Perlindungan psikik dan gangguan unsur-unsur asing
Meningkatkan kecerdasan keharmonian diri yang tinggi

Testimoni dari Mingguan Wanita

Saya berumur 23 tahun. Setelah saya menggunakan Aura Seri selama sebulan banyak perubahan yang berlaku pada diri saya. Sakit migrain saya semakin hilang malah selain dari suami, ramai juga yang menegur dengan perubahan wajah saya yang nampak lebih berseri dan ceria. Saya juga bekerja insurans yang memerlukan saya banyak berjumpa dengan ramai orang. Selepas saya menggunakan Aura Seri saya menjadi lebih yakin dan bersemangat berjumpa dengan orang ramai.

Puan Esmahwati bt Mohd Shah
Segamat, Johor


Alhamdulillah bertemu dengan produk istimewa ini memudahkan tugasan saya sebagai ibu dan juga pelajar. Nur Fataniah berusia 6 tahun dan Erman Hakiem berusia 3 tahun merupakan permata hati kami suami isteri. Alhamdulillah kesan penggunaan aura genius Fataniah kini merupakan di kalangan pelajar pintar dan terbaik di Nuh’s Ark Islamic Montessori School. Ilmu mind power yang dipelajari bersama Prof turut kami applikasikan pada anak-anak…doa Fataniah setiap kali memakai aura genius "I want to be the best student of Nuh’s Ark this year", alhamdulillah perkhabaran yang kami terima seakan tidak percaya…syukur impian sikecil ini dimakbulkan Allah. Manakala Erman Hakiem pula dengan keletahnya tersendiri…sikapnya periang, peramah pasti menawan setiap mata yang berkunjung ke teratak kami.
"Aura seri dan aura genius…mewarnai hari-hari indah kami seisi sekeluarga"...

Pn Aniz Hj Anwar ( ibu )
Shah Alam



Saya seorang ibu tunggal yang berusia 31 tahun. Saya bekerja sebagai kerani sahaja. Banyak tekanan luaran dan dalaman yang saya hadapi. Setelah diperkenalkan dengan Aura Seri, saya memakainya dengan cara yang telah diajar dan disertakan dengan niat yang positif, saya menjadi lebih bersemangat. Segala tekanan, rasa letih dan lemah yang saya hadapi semakin berkurangan. Diri saya juga lebih disayangai dan dihormati oleh kawan-kawan serta keluarga. Tahap kesabaran saya juga semakin tinggi berbanding sebelumnya. Malah ramai juga yang menegur wajah saya nampak semakin berseri dan muda.

Puan Faizah bt Mat Jaffar
Segamat, Johor